Saturday 5 April 2008

Updates From K6, UPM

Korang tau tak..

1. si worsop a.k.a jung a.k.a ular sawa nipis kini bekerja sebagai tukang masak untuk PLKN di Sarikei, Sarawak. Beliau dibayar RM624.32 sen sebulan.

2. mutu kumar yang keretanya dicalar dua kali semasa menyontot..i mean menuntut di K6 telahpun membeli kereta baru Limited Edition. Malangnya keretanya hanya boleh bergerak ke depan selepas reverse sedikit dan memang payah untuk kona baring. Beliau telah beli kereta Ferrari di Shell.

3. setelah tamatnya pelajaran mereka (Darian, Awe Snepa, Deng, Didi, Kutam Babi dan Jung) dan kemerosotan kunjungan ke cafe KC oleh Bunjai, Zaki, Acu, Harun, Sadam dan beberapa orang lagi pada semester lepas, cafe KC telah mengumumkan pengurangan defasit sebanyak RM 16.52juta dan dijangka akan mula mencapai keuntungan RM 10.00 pada minggu ke-8 semester depan. Walau bagaimanapun, keuntungan ini hanya boleh tercapai jika Bondoy menyetelkan hutang nama-nama yang tersenarai di atas.

4. setelah mengalami kekalahan tipis, calon MIC Mohan Das enggan dilantik sebagai menteri dalam Kementerian Alkohol dan Tembakau. Beliau menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah dan tangga adalah faktor utama merehatkan diri dari politik.

Sekian,


Darian Henry

No comments:

Post a Comment